Selamat Hari Raya kepada2 peminat2 dan pembaca2 blog ini (yuhuuuu...mcm banyak)hahaha...
maaf zahir dan batin..
disebabkan atas permintaan
**********************************************************************************************
Apa aku nak berblog ni? Damn..ideaku hilang lg.
Disebabkan musim beraya, meh la aku berstory-mory pasal annoying thing yg berlaku pada musim raya...
Annoyed 1:
Situasi di Highway @ jalan biasa nak balik kampung (blacklist area: Bentong - Gua Musang - Kuala Krai - Machang)
Sedang anda tengah syiok cucuk angin slow2 dengan kereta depan anda (kerana traffic jam di highway), apa perasaan anda tiba2 je ada kereta kurang ajar potong line belah kiri & tiba2 je potong line anda di depan?
That's bullshit. Jenis driver yg kurang ajar tahap biadap lagi siap boleh hon kalo dia xboleh nak menyelit.
Tindakan yang boleh dilakukan (sepertimana dilakukan oleh abang2 dan aku),
1. sebelum kereta setan nak potong line anda, anda block jalannya separuh. (jangan block penuh, nanti kereta belakang dengan senang hatinya potong kereta anda). Nak lagi jahanam, anda kuar dengan tiba2. Tp risiko kena cium bontot kereta adalah tinggi.
2. sediakan kamera (kamera HP vga pon boleh). Mana2 kereta yang potong line belah kiri, anda snap je gambar dia depan2. Tahun lepas JPJ bayar sape amek gambar kereta setan ni. Nak dapat shot menarik, wat langkah satu dulu supaya kereta xboleh bergerak, dan snap gambar depan. terbaik!!
3. jangan bagi peluang. Sesekali jangan bagi kete setan potong line depan kete anda. Biarpun ianya memberi signal pengharapan kita memberi laluan. Xde guna kita berperihatin teradap org yg kurang hajar ini. Anda follow rapat je dengan kete depan. Konfem dia xleh cucuk punya...
Annoyed 2:
Tiada air dua 3 hari sebelum raya dan juga pada hari raya. Xperlu cerita panjang, mak cik kampung umah ujung dusunpon boleh maki jabatan air, apatah lagi kita, ye x?
Annoyed 3:
Dam..dom..kadang2 rasa rumah kita bergegar..Malaysia kena serang ke? errr..tidak.
Mercun. Memang seronok dapat main, tapi kalo yg xdapat main, memang annoyed gila rasa.
Rasa nak gi lempang je sape yg main tu. Sekarang ni macam2 jenis mercun la. Xperlu dicerita juga, semua sudah tau..
Jadi, untuk anda yg terasa annoyed, sila ambil tindakan ini, wat donno je, org yg main mercun ni bukan reti bahasa (kadang2 aku juga berada dlm kategori ini)..
Annoyed 4:
Traffic Jam!!!!! Aku paling benci benda ni. Tempat yg konfem traffic jam bila raya, jambatan sultan Yahya Petra. Sah2 aku xdapat nak g kota bharu @ jalan2 beraya umah member. Memang da xde cara lain wat ms skrg ni. Nak ikut jalan alternatif, memang jauh. Nak tunggu jambatan ke2 dan ke3 serta flyover siap, mau sakit 3-4 tahun dulu.

Annoyed 5:
Raya xcukup ahli. Ni bukan level annoyed sangat, tp sedih la. Rasa xlengkap raya kalo xcukup ahli. Tapi Nak wat mcmn kalo da takdir ahli xdapat nak cukup tiap2 tahun. al-fatihah Mohd Zulfadli Jamalus...
p/s: Selamat Hari Raya Semua. Maaf Zahir dan Batin.


Sila ignore grammar error ye..
ReplyDelete